Jumaat, 31 Mei 2013

Syarikat IBRA Furniture ditubuhkan oleh saya,Ibrahim Abdul Rais,pada 6hb Februari 2003 atas minat saya terhadap seni pertukangan kayu (perabot) dan bidang perniagaan.Bertempat di kawasan bengkel Industri Kecil & Sederhana (IKS) Keramat AU 3/1,syarikat ini telah berkecimpung dalam perkhidmatan tempahan perabot dari pelbagai jenis keperluan seperti kabinet dapur,almari,meja dan segala keperluan perabot dan pertukangan kayu.Kini IBRA Furniture berhasrat untuk terus berkembang maju dalam penawaran perkhidmatan pembikinan perabot dan khidmat pertukangan kayu secara besar-besaran.Kini IBRA Furniture sedang mengorak langkah ke hadapan untuk terus berkembang dalam industri pembikinan dan pemasaran perabot serta segala produk berkaitan dengan keperluan pengguna semasa.Sehingga kini syarikat mampu mengusahakan segala tempahan perabot yang terdiri dari kabinet dapur,almari,perabot rumah lain dan segala keperluan perabot pejabat.

VISI
Untuk membangun dan menjana syarikat dengan bersunnguh-sungguh hingga menjadi sebuah entiti usahawan perabot kayu bumiputera yang berdaya maju,berdaya saing dan dinamis dalam industri bikinan kabinet dapur,perabot-perabot rumah dan pejabat (tempah pasang) yang berwibawa dan dihormati pelanggan dengan tiada kompromi terhadap kualiti.